Saturday, May 10, 2008

Fikiran setiap orang berbeza

Salam untuk semua..

Terlalu lama rasanya tidak menjengah ke blog baru ini. Insya Allah sebagai orang yang baru belajar mengenali blog akan sentiasa menulis di blog ini sekadar memotivasikan diri atau pendekatan kepada muhasabah diri agar peka dan tahu menilai realiti sebenar kehidupan ini.

Pagi ini aku kena bercakap di hadapan member-member di office..Almaklumlah memang bukan bidang bercakap-cakap di khalayak ramai ni, agak gementar rasanya. Namun aku tetap bangga dengan diri biarpun tak sebagaimana ucapannya tetapi sekurang-kurangnya aku tahu dan tertarik dengan article yang aku perolehi dari satu blog motivasi. Tajuknya 'berfikir di luar kotak fikiran'...walaubagaimanapun aku tahu, kita tidak hanya berfikir di satu lilitan minda sahaja tetapi kita mampu berfikir keluar dari kotak minda sebenarnya. Adakala kita perlu mengambil kira akan logik atau tidak sesuatu perkara atau situasi tersebut.

Aku sedari dan turut berkongsi dengan kawan-kawan semua...ingatlah Allah jadikan kita manusia untuk berfikir kerana kita diberi 'Akal'. Usah terlalu risau dengan apa lebihnya seseorang itu dan kita tidak memiliki sepertinya kerana kita perlu sedari setiap yang Allah jadikan ada kekuatan dan kelemahannya. Susahnya kita .. Ingatlah ada orang yang lagi susah dan pandainya kita .. Ingatlah ada yang lagi pandai sebenarnya.

Aku mengambil pendekatan yang mudah sekali.. Jika kita ada anak.. anak pertama seakan lambat atau pendiam orangnya, lambat bercakap. Tetapi anak ke dua perwatakannya pula berbeza di mana lebih cergas, petah berkata..Awas...Janganlah kita mempertikaikan semua itu kerana sebagai ibu bapa kita perlu sedar semuanya Allah Maha Mengetahui..Yakni..INGATLAH, Kurangnya di sudut itu lebihnya di sudut yang lain pula. Apa yang kita sepatutnya lakukan adalah menilai anak-anak kita di mana kurangnya atau lemahnya dia dan kita harus bijak menggunakan pendekatan mendampinginya. Sudah pasti kita akan terlalu bersyukur kepada Allah s.w.t di atas pemberianNya yang tidak ternilai.

So, jom kita sama-sama cuba berfikir dengan bijaksana dan tetapkan mindset kita agar sentiasa ke arah yang positif seterusnya sudah tentu kita mampu membuat yang terbaik.

I Love My Family..

No comments: