“Segala pujian tertentu bagi Allah Pencipta dan Pentadbir seluruh alam semesta. Selawat dan sejahtera ke atas junjungan besar kami, Nabi Muhammad s.a,w serta seluruh keluarga dan sahabat Baginda”.
“Ya Allah, ya Tuhan kami, sesungguhnya kami bermohon perlindungan dan pemeliharaan daripada-Mu terhadap agama kami, diri kami, keluarga kami, anak kami, harta benda kami dan segala kurniaan yang Engkau berikan kepada kami”.
“Ya Allah, ya Tuhan kami, tempatlah kami dan mereka semua di bawah naungan Engkau dan pemeliharaan Engkau daripada syaitan yang mengganas, penguasa yang menindas, orang yang berniat jahat kepada kami dan daripada segala kejahatan. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa di atas segalanya”.
“Ya Allah, ya Tuhan kami, perindahkanlah hidup kami dengan kesihatan dan kesejahteraan, keselamatan dan kebahagiaan. Kukuhlah hati kami dengan ketakwaan dan ketetapan hati. Hindarlah kami daripada perkara yang membawa penyesalan pada waktu ini dan pada masa akan datang. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Menerima doa”.
“Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah dan kasihanilah kami, ibu bapa kami, saudara kami, orang yang mengasihi kami, orang yang kami kasihi kerana-Mu, orang yang berbuat baik kepada kami, orang yang perlu kami tunaikan sesuatu hak kepadanya dan kepada seluruh muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat dengan rahmat-Mu wahai Allah Yang Maha Mengasihani”.
No comments:
Post a Comment