Monday, November 22, 2010

PESAN SEORG KAWAN

Pesanan terbaik dari seorang rakan....

Assalamualaikum,

Just wanna share with everyone kisah benar yang saya lalui. Baru- baru ni ketika saya nak ke Surau berdekatan dgn rumah saya untuk sembahyang Isyak, seorang pak cik berjanggut putih dan berjubah putih dari jauh melemparkan senyum kepada saya. Kerana masih ada banyak waktu, saya tunggu pak cik berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak saya kenali itu.. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke surau.

Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam. Orangnya sudah berumur. Tiba-tiba, pak cik itu memulakan perbualan. Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang agak baik. Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada

tiga
surah yang beliau 'pegang' betul-betul , dan beliau nasihatkan saya supaya pegang betul-betul juga. Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan pada anak-anak supaya pegangnya betul-betul.

Pertama, kata beliau, surah
Al-Fatihah. Selain penting untuk sah sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan jalan yang betul. Mudah-mudahan dengan 'menjaga' bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita, kata pakcik.

Kedua,

Surah Al-Ikhlas
. Surah ini, katanya, s urah tauhid.
Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak guna buat baik tapi tak ikhlas.

Ketiga, surah

Al-Kafirun
, kata pak cik. Bahagian ini, menarik sikit. Pak cik tu cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-anak saya mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman globalisasi, anak saya mungkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana.

Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat, kata pak cik. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar

'untukmu agamamu, untukku agamaku'
.
Betul juga, fikir saya. Kemudian, pak cik cakap ada satu lagi perkara yang saya mesti pegang. Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan.

Pertama, kekuatan minda

Minda, kata pak cik, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan > sebagainya kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.

Kedua, kekuatan hati

Hati ialah iman, kata pak cik. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kala u minda kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman, kata pak cik...

Ketiga, kuat fizikal

Pertama-pertama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda, kata pak cik. Kala u pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang, katanya

.

Habis saja pak cik cakap pasal tiga surah dan tiga kekuatan, beliau minta diri dan hilang dari pandangan saya setiba nya di surau tersebut.
Terima kasih kepada pak cik berjanggut tu. Sebelum itu beliau berpesan agar saya sebarkan kepada yang lain. Pesanannya memang baik untuk saya sampaikan..

Iqra'.....!

Take a break....... .meditate. ..3 minutes & calm your mind...
Recite 3x :

1. Katakanlah (wahai Muhammad); " (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
2. "Allah Yang menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
3. 'Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
4. "Dan tidak ada sesiapa pun yang setara dengan-Nya".

Cerita : Suamiku mat salleh

>            Takku sangka buah cempedak lagi best dari nangka. Mak aku yang
> sekolah setakat darjah enam pun boleh tahan dia punya tastenya. Tak
> sia-sia
> dia carikan jodoh utk aku.......Tak yah aku nak susah-susahkan diri nak
> pasang badan ngorat jantan sana sini, dosa woit! Cikalang semua sudah
> setel.
>
>            Calon pun dah ada, golongan orang berada katakan....lak tu dan
> most of all....orang putih you......Glamerlah aku. Kekadang bila
> difikir-fikir. ......mimpikah aku.....macam tak caya aje.....dah jadi
> macam
> cerita Cinderella pulak.....Aku nie bukanlah jelita sangat...kulit kerbau
> bapak aku pun lebih bersih dari kulit aku....Agaknya orang putih tu ingat
> aku ni Negro kot!.......macam Janet Jackson ke; Whitney Houston
> ke.......Ah!
> tak kisahlah, janji hati dah suka, pokok duri pun sanggup ku panjat. Dia
> yang beriya-iya yang nak meminang. Lagipun, mak aku cakap, pasal kawin,
> biar
> mak yang cari....katanya berkat. Yang penting amaaan sepanjang
masa.......
>
>            "Hensem ke dia mak?" Soalan pertama yang aku tanyakan kat mak.
> Alah.....semua pompuan pun akan tanya soalan ini, betul tak? "Jangan
> takutlah, tanggung beres...." Betulke mak aku ni........Naik pening
kepala
> batu aku ni.......Tapi, tak apelah. Mak aku cakap orangnya dah berumur
> sikit....duda, sebab bininyer meninggal... tak tahu apa sebabnya....
> ..Tapi
> agak aku kan, dia tercekik biji durian.....power seh....anak tak
> ade.......lagi power....Ah! tak kisahlah, itu semua small matters, bisa
di
> atur.
>
>            Tapi, tua-tua pun ok jugak. Kalau muda takkan nak panggil
> 'adik'
> pulak, kan? Duda pun dudalah...at least ade experience dlm meranjau onak
> duri di alam rumahtangga. ... aiseyman, berfalsampah lak aku
> ni......Setakat
> ader sepit-tiket (alah! adik beradik certificate lah) kursus rumahtangga
> buat ape, yang menganggur bersepah-sepah. ....... Banyak orang tanya,
"kau
> suka ke, mak kau kahwinkan kau dengan mat salleh?" Aku senyum saja....
> Kontrol sikit muka nie. Kalau ikutkan hati, nak aje aku peluk dan cium!
> pipi
> mak aku pasal kawinkan aku dengan orang putih....... Alamak! macam drama
> sabun lah (soap opera lah, cakap orang putih)......
>
>            Kawan sepengumpatan aku......si Bedah, Joyah, Tipah dan Kia
> semuanye jeles bila dia orang tahu berita ni.......Bukan saja jeles, dia
> orang nak psycho aku yang bukan-bukan. .. "Nanti orang putih tu bawak kau
> kat negeri dia, jadikan kau hamba tebusan, baru kau tahu." Tapi aku buat
> dak
> saje......"Eleh! kalau jeles, cakap aje jeles....jgn nak cari
alasan....."
>
>            "Kau orang tu, sampai bila nak jadi andartu....." Itu jugak
> jawapan aku bila dah geram..... Lebih-lebih lagi si Kiah tu........kalau
> cakap, habis tempias air liurnye ke muka orang..... patutlah orang cakap
> mulut dia mulut laser...... Ah! lagi bengang aku pikirkan pasal dia
> orang....... Blah lah sama korang...... .!!!
>
>            Inilah dia saat yang paling aku nanti-nantikan:
>
>            "Semua dah sedia?... Saksi sedia?....Pengantin lelaki
> sedia?....."
>            "Baik mari kita mulakan sekarang.... ......"
>
>            "MAT SALLEH LUDIN BIN MAT KULUP JIDIN"....
>            "AKU NIKAHKAN DIKAU DENGAN SAODAH BINTE SANORPAN DENGAN
> MASKAHWINNYA. ......"
>
>            Tiba-tiba, suara pak imam sayup-sayup dari pendengaranku dan
> penglihatanku mula kabur. Aku terasa bumi ni macam nak tercabut.... ....
>
>            "Fengantin fomfuan fengsyan, nikah ni kira syah ke......
masyam
> mana nie?" terdengar akan suara suamiku yang keluar dari mulutnya yang
dah
> tidak berpagar lagi. Ternampak jugak bayangnya yang terbongkok-bongkok.
> ...
> Jalan pun kena pakai tongkat...
>
>            Alamak! Tak sanggup aku nak nengok muka minah-minah empat ekor
> tu yang terkekek-kekek dan berdekah-dekah disisiku.... .
>
>            Tapi aku puas! Suamiku Mat Salleh..! Kalau dah jodoh nak buat
> macam mana...

Thursday, November 11, 2010

yassin ayat ke 58...

RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58

Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah
tersebut
"SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM" diulang sebanyak 7 kali
untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha
Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.
Jika boleh niatkan sebegini:

1) YA-ALLAH YA-RAHIM,
ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN,
kurniakan aku isteri,suami, anak-anak yang soleh
dan mencintai islam

3) YA-ALLAH YA-RAZZAK,
kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik
dan berjaya didunia dan akhirat.

4) YA-ALLAH YA-JABBAR,
makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku
dapat ini

5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR,
jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq
dan miskin

6) YA-ALLAH YA-WADUUD,
kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang
beriman kesihatan zahir batin

7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM,
makbulkanlah semua hajatku, dan
redhaikanlah aku.....

.

__,_._,___

Persoalan Puasa Sunat

Soalan Pertama:
Adakah wajib didahulukan puasa ganti (wanita) sebelum membuat puasa 6 di dalam bulan syawal?

Jawapan:
Dari segi tuntutan, kita mesti memahami bahawa tuntutan yang wajib lebih perlu diutamakan atau diberi priority berbanding yang sunat. Oleh yang demikian puasa ganti bagi wanita atau orang yang tertinggal puasa pad asalnya memang perlu didahulukan berbanding puasa sunat. Namun bila kita mengaitkan hal ini dengan bulan shawal yang kita disunatkan berpuasa enam hari maka di sana ada beberapa pandangan ulamak:

Pertama:
Ada di kalangan ulamak mazhab Syafie seperti Imam Ibnu Hajar al Haithami atau Ibnu Hajar al Makki dalam kitabnya yang bernama Fatwa al Kubro menyatakan seorang yang berpuasa ganti di bulan syawal boleh memasukkan sekali gus niat puasa sunat shawal dan dia akan diberi ganjaran kerana puasa ganti itu di buat dalam bulan shawal. Ini berdasarkan umum maksud hadis yang menyatakan sesiapa yang berpuasa 6 hari daripada bulan shawal maka seolah-olah ia berpuasa selama setahun. Jadi kalau dia buat puasa qodho’ 10 hari maknanya angka 6 itu telah termasuk dalam bilangan 10 hari dari puasa qodho’. Ini bermakna ia akan mendapat ganjaran dari ke dua-dua jenis ibadat sekali gus  iaitu ibadat  puasa ganti dan ibadat puasa 6 hari dari bilan syawal. Apa yang penting ialah niat utama dia ialah menuanaikan puasa ganti kerana dominasi tuntutan ganti atau qodho’ ke atas dirinya melebihi tuntutan puasa sunat.

Kedua:
Ada pula sebahagian ulamak yang berpandanagn puasa ganti mesti diasingkan dari pua 6 hari di bulan syawal. Pandangan ini pula berdasarkan hadis ibnu majah yang menceritakan formula bagimana datangnya ganjaran setahun bila kita berpuasa 30 hari di bulan Ramadhan  + 6 hari di bulan Shawal . Ianya datang dari ganjaran sepuluh kebajikan bagi setiap satu amalan. Oleh itu 30 hari Ramadhan = 300 + 6 hari shawal = 60 dan jumlah 360 seolah-olah kita berpuasa setiap hari.
Berdasarkan kefahaman hadis ini orang yang berpuasa tak cukup hari di bulan ramadhan samada disebabkan haidh atau lainnya jika dia menjadikan qodho’ dan sunat shawalny sekali gus maka dia tidak akan mendapat bilangan setahun kerana bilangan itu datangnya dari 36 X 10. Jadi menurut pandanag kedua ini puasa qodho’ perlu diasingkan dari puasa  6 hari shawal untuk mendapatkan jumlah 36 X 10.

Soalan Ke dua:
Adakah wajib menerima jemputan/tidak berpuasa sunat (ganti @ puasa 6)?

Jawapan:
Menerima Jemputan hukumnya adalah wajib berdasarkan hadis yang menceritakan di antara kewajipan seorang muslim kepada saudaranya ialah apabila dijemput dia menerima jemputan. Cuma bagaimana kalau dia dijemput ke majlis jamuan dalam keadaan dia berpuasa? Jika sekiranya dia sedang berpuasa sunat maka hadis ada menyebutkan bahawa orng yang sedang berpuasa sunat itu pemerintah atau raja kepada dirinya sendiri. Kalau dia mahu dia boleh berpuasa dan kalau dia mahu dia boleh berbuka. Dalam keadaan dia menerima jemputan dan kemudian berbuka puasa mengorbankan puasa sunatnya maka dia dikira mendapat dua ganjaran iaitu ganjaran puasa sunat dan ganjaran menerima jemputan. Ini berdasarkan hadis yang menceritakan sesaorang apabila berniat untuk untuk berbuat baik maka dia telah diberi satu ganjaran kebaikan oleh Allah. Apatah lagi si yang berpuasa ini bukan saja telah berniat puasa sunat tapi juga telah berpuasa sampai jam  1 tghhari. Sudah pasti  ganjarannya lebih.
Jika sekiranya dia menerima jemputan dalam keadaan dia sedang menunaikan puasa qodho’ ganti maka hukumnya berbeza. Dia tidak boleh berbuka malah wajib meneruskan puasanya dan wajib memberitahu sahabat yang menjemput keadaannya sedang menunaikan puasa qodho’ wajib.Dalam keadaan ini kalau dia dapat hadir bersama orang lain dan meneruskan puasanya maka itu adalah lebih baikdari dia tidak hadir.

Jika sekiranya dia menerima jemputan beberapa hari sebelum  dia berpuasa maka jika sekiranya masih ada masa lain untuk dia mengqodho’  puasanya yang tertinggal maka tunaikanlah jemputan dan lakukanlah puasa qodho’ di hari lain. Tapi bagi orang yang melewatkan puasa gantinya hingga ke akhir bulan sya’ban seperti yang banyak berlaku hari ini maka dia wajib menunaikannya juga tanpa pilihan.

Soalan ke Tiga:
Apakah denda atau apa-apa hukum jika termakan ketika berpuasa sunat/ganti?

Jawapan:
Sesaorang yang berpuasa kemudian makan atau minum dalam keadaan lupa dan tidak sengaja maka hendaklah ia meneruskan puasanya kerana hukum dalam Islam tidak valid dan tidak dikira kepada orang terlupa, tertidur atau tak sengaja. Cuma bagi logiklah. Tak kan habis setalam makan pun kata terlupa.

Ini berdasarkan juga kepada sabda Rasulullah saw dalam hadis sahih yang disepakati oleh Bukhori dan Muslim yang bermaksud: Barang siapa yang terlupa semasa berpuasa lalu ia makan dam minum maka hendaklah ia meneruskan puasanya kerana dia telah diberimakan oleh Allah dan direzkikan kepadanya. Dalam suatu hadis lain yang dikeluarkan oleh Hakim bermaksud: Barang siapa yang berbuka di bulan Ramadhan dalam keadaan lupa maka tidak perlu qodho’ baginya.

Soalan ke empat:
Pada hari apa (isnin/selasa/rabu/khamis/jumaat/Sabtu/ahad) wajib disambung? Contoh kalau puasa hari jumaat kena puasa hari Sabtu. Jika dia puasa Jumaat sahaja apa hukumnya?

Jawapan:
Hari jumaat adalah merupakan hari perayaan dan perhimpunan bagi umat Islam maka dengan sebab itu syarak telah melarang berpuasa pada hari tersebut namun larang ini tidaklah sampai ke tahap haram. Melainkan apabila sesaorang itu menghimpunkanny a dengan satu hari sebelumnya iaitu hari khamis atau satu hari selepasnya iaitu hari Sabtu atau berbetulan hari jumaat itu  merupakan hari Arafah atau hari a’syura yang telah menjadi kebiasaan padanya berpuasa pada hari tersebut. Abdullah Bin A’mru  menceritakan bahawa Rasulullah saw pernah datang kepada isterinya ia itu Juwairiyyah Bt Harith  pada satu hari jumaat dan mendapati isterinya sedang berpuasa. Rasuluullah terus bersabda kepadanya: Adakah kamu berpuasa pada hari semalam? Lalu jawab Juwairiyyah : Tidak. Rasulullah bersabda lagi : Adakah kamu hendal berpuasa pada hari esok yakni Sabtu? Katanya: Tidak. Lalu Rasulullah bersabda: Kalau begitu hendaklah kamu berbuka. Dalam hadis yang lain Rasulullah menyatakan: Jangan berpuasa pada hari jumaat melainkan kamu berpuasa sehari sebelumnya atau sehari selepasnya.(Hadis riwayat Bazzar dengan sanad yang hasan). Dalam satu lafaz hadis muslim Rasulullah menyatakan: Jangan kamu mengkhususkan berpuasa hari jumaat melainkan pada hari yang telah menjadi kebiasaan bagi kamu berpuasa. Contohnya saban tahun dia telah berpuasa sunat hari Arafah atau hari asyura. Tiba-tiba pada tahun ini hari A’rafah atau 9 Zulhijjaah  jatuh pada hari jumaat. Maka dibolehkan kepadanya  melakukan puasa pada hari tersebut kerana berpuasa pada 9 Zulhijjah itu telah menjadi kebiasaan baginya sepanjang tahu.
Wallahuaklam:

Ingat mengingati...

Ayat2 Al Quran yang boleh diamalkan :

*       Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh : Surah Al Baqarah - Ayat 102
*       Anak2 pandai belajar : Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79
*       Anak2 lembut hati/ elak panas baran : Surah Al Anbiyaa - Ayat 69 dan Surah Al Hasyr - Ayat 22-24
*       Anak2 malas sekolah : Surah Toha ayat 1-5
*       Ayat pendinding : Ayat akhir surah At Taubah
*       Bg anak2 yg suka keluar malam : Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x
*       Untuk jadi pendinding rumah : Surah Al Baqarah dibaca & tiup pada air dan tabur keliling rumah
 
1 minit untuk mengingat Allah
Langkah 1:

· Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:

· SUBHANA'LLAH

· ALHAMDULI'LLAH

· LAA I LAAHA ILLA'LLAH

· ALLAHU AKBAR

· ASTAGHFIRU'LLAH

· LAA ILAAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUR RASULU'LLAH

· ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK ' ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA AALIHI· WA SAHBIHI AJMA'EEN
Langkah 2:

· Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataaan demi perkataan
Langkah 3:
· Forward email ini kepada rakan2 yang anda kasihi..
 
Hasil 1:

· Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk mengingat, berdoa dan bermunajat kepada ALLAH SWT.
Hasil 2:

· Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk mengingat, berdoa kepada Nabi Muhammad SAW.
Firman Allah swt :
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan ayat-ayat Kami, adalah orang-orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat (Kami), mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhannya, sedang mereka tidak menyombongkan diri.
(Surah As Sajadah ~ Ayat 15)
 
Tuesday, November 9, 2010

Rindu Na

Kenangan bersamamu tak dapat dilupakan....

Allah is my Lord,Islam is my Life, Al-Quran is my Guide, The Sunnah is my Practice, Jihad is my Spirit, Righteousness is my Character, Paradise is my Goal.

FW: [Welcome To Suriati Blog] FW: Jangan sebarangan terima tong gas masak..

Info berguna………………….

Subject: Jangan sebarangan terima tong gas masak..

Dear friends,

You may want to let your wife, friends or maids know as well when they receive the gas cylinder from the vendor next time.

This is really very good information for all of us to remember.

Please check your household gas tank cylinder as soon as possible.

Knowing the uncouth characters we have to deal with, you should never be

surprised that they will continue to use old tanks, though they will also tell you

that they get their supplies in the tanks now sold to us. Insist on newer tanks!

Do you know that LPG gas cylinders have expiry dates?

Expired LPG cylinders are not safe for use
and may cause accidents.
In this regard,
please be cautious at the time of
accepting any LPG cylinder
from your vendor.

Here is how we can check on
the expiry of LPG cylinders:

On one of three side stems of the cylinder,
the expiry date is coded alpha numerically
as follows:
A or B or C or D
and some two digit number following this,
e.g. D06.

The alphabets stand for quarters -
1. A for March (first quarter),
2. B for June (second quarter),
3. C for September (third quarter), &
4. D for December (fourth quarter).

The digits stand for the year till it is valid.
Hence D06 would mean December quarter of 2006.
Please return back the cylinder that you get with an expired date.
They are prone to leaks and other hazards
.

This second example of D13 allows the cylinder to be in use until December 2013.

Kindly pass this email
to everyone,
and create awareness
amongst  our friends and families .

.

--
Posted By MamaSue to Welcome To Suriati Blog at 11/09/2010 10:31:00 AM

Benci Bilang Cinta

Wednesday, November 3, 2010

Filter Panasonic

 Salam

Baru-baru ini, sempat beli filter. Disebabkan filter lama problem, terpaksa beli lain. Frust juga sebab beli sampai RM2000 lebih tapi begini akhirnya. Maintenance pun besar sungguh belanjanya.. So, decide nak beli juga filter sementara. Apa yang mampu setakat ini, beli filter panasonic je.. Syukur.. just untuk tapis karat sahaja. Air kat sini karatnya boleh tahan Sedikit lega dapat tapis karat sikit. Maklumlah air ni keperluan paling penting. Kat bawah gambar filter tu...just suka-suka nak upload..

Monday, November 1, 2010

Hari Pertama Bekerja Selepas 2 Bulan Berpantang

Hari pertama mula bekerja selepas berpantang..

5 minit sebelum jm 8.00 pagi..

Assalam…….upppsss..mana semua orang..takdeeeeeee orangg. Tengah sibuk rupanya. Ada yang ke dewan exam, ada pula yang terlibat dengan add and drop subject..Nampak gayanya sorang la ni…Letih juga melayan student di kaunter.

Operasi pump for BM pun tergendala…11.30 pagi baru ada peluang. Dapat juga dekat 4 oz..nak cepat sebab tinggalkan kaunter pada staf sambilan baru. Hati ni ingat sangat pada baby Azeem..rindunyaaaaaaa…nak cium..nak peluk-peluk..mmmmm

5.20 Petang

My lovely hubby dah tunggu…yea..yea nak ambil Azeem..sampai rumah babysitter..nampak Azeem terbaring jer..terus pangku…rindu bangat. Masuk je kereta..tebau something…busyukkk..poo poo rupanya…alaamak..Sampai rumah cepat-cepat tukar. After that, bagi FBM…sian Azeem…

6.30 sampai malam…

Azeem tidur jer..bila mama dapat main-main ni…??

Macam tu la bila dah kerja….Take time…Mama will try my best k Azeem…

 Mamasue

Ibu

Hari ini semua adik beradik pulang beraya di Kuala Lumpur setelah beraya di kampung mertua. Ibu yang di KL agak kesunyian, tetapi setelah mendengar abang dan kakak-kakak hendak datang beraya ,ibu gagahi juga bangun pagi menggoreng nasi buat santapan pagi mereka yang akan datang nanti. Aku yang bongsu tinggal dirumah sambil menolong apa yang patut memerhati kegagahan ibu yang sememangnya aku tahu sakit dan bengkak kakinya semakin menjadi-jadi semenjak bulan puasa tempohari. Aku minta untuk membantu ,"tak payah" katanya "biar mak yang buat nanti lain rasanya". Aku biarkan sahaja walau dalam hati terasa pedih dan sayu melihat kegagahan mak nak juga sediakan nasi goreng untuk anak-anaknya yang baru nak merayakan aidilfitri bersamanya.

Aku tahu disudut hati mak ada rasa sedih dan sayu kerana anak lelakinya tak beraya bersama di pagi raya..tetapi langsung tidak ditunjuk malah ingin pula menjamu anaknya. Terhinjut-hinjut mak kesana ke mari mengambil bahan-bahan nasi goreng. bukan main khusyuk dan bersungguh cuba menyediakan juadah yang semampunya. Bila semuanya dah sampai aku mula hidangkan nasi yang digoreng mak untuk abang dan kakak yang tiba dengan anak-anak mereka. Semuanya pakat menjamu selera..memang berselera semua sukakan nasi goreng mak..mak tahu anak-anaknya sukakan nasi goreng air tangannya..Dalam tak sedar nasi dah hampir habis. Terdetik dihatiku... " ahhh mak belum makan apa-apa semenjak pagi kerana sibuk sediakan nasi tu"... seraya tu abang ku bertanya 'siapa tak makan lagi nasi ni'. Aku menjawab ' mak belum makan apa lagi tu' Mak dengan bersungguh menjawab " Ehh mak tak mahu... tak lalulah nasi goreng, nak makan roti saja sat lagi'... dua tiga kali kami pelawa begitu juga jawabnya. Kata ku dalam hati." oohh mungkin juga mak nak makan roti sebab nak kawal penyakit diebetisnya" ..

Bila semua dah pulang..aku lihat mak terhinjut-hinjut kedapur..lantas aku tanya 'mak nak apa..nak ambilkan.'.' takpa nak rasa ni sikit'. Sayu sedih dan terguris sungguh hati aku..bila kulihat mak rupanya sedang mengikis kerak-kerak nasi goreng yang masih berbaki dalam kuali untuk dimakan.

Itulah kasih seorang ibu pada anak-anaknya. ..zaman sekarang pun masih ada ibu yang sanggup berlapar dan mendahulukan anak-anaknya asal mereka semua kenyang. Kami benar-benar kalah dengan apa yang kami saksikan.." YA RABB Engkau peliharalah Ibu kami, Ampunilah Dosanya, Berilah kekuatan pada anak-anaknya untuk membalas jasa ibu yang tak terhingga " . AMINN