Thursday, November 11, 2010

Persoalan Puasa Sunat

Soalan Pertama:
Adakah wajib didahulukan puasa ganti (wanita) sebelum membuat puasa 6 di dalam bulan syawal?

Jawapan:
Dari segi tuntutan, kita mesti memahami bahawa tuntutan yang wajib lebih perlu diutamakan atau diberi priority berbanding yang sunat. Oleh yang demikian puasa ganti bagi wanita atau orang yang tertinggal puasa pad asalnya memang perlu didahulukan berbanding puasa sunat. Namun bila kita mengaitkan hal ini dengan bulan shawal yang kita disunatkan berpuasa enam hari maka di sana ada beberapa pandangan ulamak:

Pertama:
Ada di kalangan ulamak mazhab Syafie seperti Imam Ibnu Hajar al Haithami atau Ibnu Hajar al Makki dalam kitabnya yang bernama Fatwa al Kubro menyatakan seorang yang berpuasa ganti di bulan syawal boleh memasukkan sekali gus niat puasa sunat shawal dan dia akan diberi ganjaran kerana puasa ganti itu di buat dalam bulan shawal. Ini berdasarkan umum maksud hadis yang menyatakan sesiapa yang berpuasa 6 hari daripada bulan shawal maka seolah-olah ia berpuasa selama setahun. Jadi kalau dia buat puasa qodho’ 10 hari maknanya angka 6 itu telah termasuk dalam bilangan 10 hari dari puasa qodho’. Ini bermakna ia akan mendapat ganjaran dari ke dua-dua jenis ibadat sekali gus  iaitu ibadat  puasa ganti dan ibadat puasa 6 hari dari bilan syawal. Apa yang penting ialah niat utama dia ialah menuanaikan puasa ganti kerana dominasi tuntutan ganti atau qodho’ ke atas dirinya melebihi tuntutan puasa sunat.

Kedua:
Ada pula sebahagian ulamak yang berpandanagn puasa ganti mesti diasingkan dari pua 6 hari di bulan syawal. Pandangan ini pula berdasarkan hadis ibnu majah yang menceritakan formula bagimana datangnya ganjaran setahun bila kita berpuasa 30 hari di bulan Ramadhan  + 6 hari di bulan Shawal . Ianya datang dari ganjaran sepuluh kebajikan bagi setiap satu amalan. Oleh itu 30 hari Ramadhan = 300 + 6 hari shawal = 60 dan jumlah 360 seolah-olah kita berpuasa setiap hari.
Berdasarkan kefahaman hadis ini orang yang berpuasa tak cukup hari di bulan ramadhan samada disebabkan haidh atau lainnya jika dia menjadikan qodho’ dan sunat shawalny sekali gus maka dia tidak akan mendapat bilangan setahun kerana bilangan itu datangnya dari 36 X 10. Jadi menurut pandanag kedua ini puasa qodho’ perlu diasingkan dari puasa  6 hari shawal untuk mendapatkan jumlah 36 X 10.

Soalan Ke dua:
Adakah wajib menerima jemputan/tidak berpuasa sunat (ganti @ puasa 6)?

Jawapan:
Menerima Jemputan hukumnya adalah wajib berdasarkan hadis yang menceritakan di antara kewajipan seorang muslim kepada saudaranya ialah apabila dijemput dia menerima jemputan. Cuma bagaimana kalau dia dijemput ke majlis jamuan dalam keadaan dia berpuasa? Jika sekiranya dia sedang berpuasa sunat maka hadis ada menyebutkan bahawa orng yang sedang berpuasa sunat itu pemerintah atau raja kepada dirinya sendiri. Kalau dia mahu dia boleh berpuasa dan kalau dia mahu dia boleh berbuka. Dalam keadaan dia menerima jemputan dan kemudian berbuka puasa mengorbankan puasa sunatnya maka dia dikira mendapat dua ganjaran iaitu ganjaran puasa sunat dan ganjaran menerima jemputan. Ini berdasarkan hadis yang menceritakan sesaorang apabila berniat untuk untuk berbuat baik maka dia telah diberi satu ganjaran kebaikan oleh Allah. Apatah lagi si yang berpuasa ini bukan saja telah berniat puasa sunat tapi juga telah berpuasa sampai jam  1 tghhari. Sudah pasti  ganjarannya lebih.
Jika sekiranya dia menerima jemputan dalam keadaan dia sedang menunaikan puasa qodho’ ganti maka hukumnya berbeza. Dia tidak boleh berbuka malah wajib meneruskan puasanya dan wajib memberitahu sahabat yang menjemput keadaannya sedang menunaikan puasa qodho’ wajib.Dalam keadaan ini kalau dia dapat hadir bersama orang lain dan meneruskan puasanya maka itu adalah lebih baikdari dia tidak hadir.

Jika sekiranya dia menerima jemputan beberapa hari sebelum  dia berpuasa maka jika sekiranya masih ada masa lain untuk dia mengqodho’  puasanya yang tertinggal maka tunaikanlah jemputan dan lakukanlah puasa qodho’ di hari lain. Tapi bagi orang yang melewatkan puasa gantinya hingga ke akhir bulan sya’ban seperti yang banyak berlaku hari ini maka dia wajib menunaikannya juga tanpa pilihan.

Soalan ke Tiga:
Apakah denda atau apa-apa hukum jika termakan ketika berpuasa sunat/ganti?

Jawapan:
Sesaorang yang berpuasa kemudian makan atau minum dalam keadaan lupa dan tidak sengaja maka hendaklah ia meneruskan puasanya kerana hukum dalam Islam tidak valid dan tidak dikira kepada orang terlupa, tertidur atau tak sengaja. Cuma bagi logiklah. Tak kan habis setalam makan pun kata terlupa.

Ini berdasarkan juga kepada sabda Rasulullah saw dalam hadis sahih yang disepakati oleh Bukhori dan Muslim yang bermaksud: Barang siapa yang terlupa semasa berpuasa lalu ia makan dam minum maka hendaklah ia meneruskan puasanya kerana dia telah diberimakan oleh Allah dan direzkikan kepadanya. Dalam suatu hadis lain yang dikeluarkan oleh Hakim bermaksud: Barang siapa yang berbuka di bulan Ramadhan dalam keadaan lupa maka tidak perlu qodho’ baginya.

Soalan ke empat:
Pada hari apa (isnin/selasa/rabu/khamis/jumaat/Sabtu/ahad) wajib disambung? Contoh kalau puasa hari jumaat kena puasa hari Sabtu. Jika dia puasa Jumaat sahaja apa hukumnya?

Jawapan:
Hari jumaat adalah merupakan hari perayaan dan perhimpunan bagi umat Islam maka dengan sebab itu syarak telah melarang berpuasa pada hari tersebut namun larang ini tidaklah sampai ke tahap haram. Melainkan apabila sesaorang itu menghimpunkanny a dengan satu hari sebelumnya iaitu hari khamis atau satu hari selepasnya iaitu hari Sabtu atau berbetulan hari jumaat itu  merupakan hari Arafah atau hari a’syura yang telah menjadi kebiasaan padanya berpuasa pada hari tersebut. Abdullah Bin A’mru  menceritakan bahawa Rasulullah saw pernah datang kepada isterinya ia itu Juwairiyyah Bt Harith  pada satu hari jumaat dan mendapati isterinya sedang berpuasa. Rasuluullah terus bersabda kepadanya: Adakah kamu berpuasa pada hari semalam? Lalu jawab Juwairiyyah : Tidak. Rasulullah bersabda lagi : Adakah kamu hendal berpuasa pada hari esok yakni Sabtu? Katanya: Tidak. Lalu Rasulullah bersabda: Kalau begitu hendaklah kamu berbuka. Dalam hadis yang lain Rasulullah menyatakan: Jangan berpuasa pada hari jumaat melainkan kamu berpuasa sehari sebelumnya atau sehari selepasnya.(Hadis riwayat Bazzar dengan sanad yang hasan). Dalam satu lafaz hadis muslim Rasulullah menyatakan: Jangan kamu mengkhususkan berpuasa hari jumaat melainkan pada hari yang telah menjadi kebiasaan bagi kamu berpuasa. Contohnya saban tahun dia telah berpuasa sunat hari Arafah atau hari asyura. Tiba-tiba pada tahun ini hari A’rafah atau 9 Zulhijjaah  jatuh pada hari jumaat. Maka dibolehkan kepadanya  melakukan puasa pada hari tersebut kerana berpuasa pada 9 Zulhijjah itu telah menjadi kebiasaan baginya sepanjang tahu.
Wallahuaklam:

No comments: